Tidak beri kelebihan pada PH, BN - Utusan Malaysia

Tidak beri kelebihan pada PH, BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pindaan Perlembagaan Persekutuan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun tidak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, orang muda di negara ini sebaliknya akan tunggu dan lihat parti mana yang akan memberi hala tuju terbaik kepada mereka dan negara.

“Jadi tak timbul pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Khairy, pembangkang pada dasarnya bersetuju dengan pindaan tersebut namun lebih baik kerajaan melakukan pindaan itu serentak dengan cadangan pembangkang.

“Pada dasarnya kita setuju tapi sepatutnya pindaan itu datang sekali,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini