LONDON – Atletico Madrid hari ini mengesahkan telah mengikat penyerang Benfica Joao Felix dengan rekod perpindahan kelab 126 juta euro (RM588 juta).
Terdahulu, Manchester City turut berminat untuk mendapatkan pemain tersebut susulan bakal kehilangan Leroy Sane yang dilaporkan memilih ke Bayern Munich bagi musim baharu nanti.
Selain City, Juventus, Barcelona, Manchester United dan Real Madrid juga berminat untuk mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu.
Difahamkan, perbincangan telah bermula sejak 1 Jun, dengan CEO kelab dari La Liga itu Gil Marin membuat pertemuan dengan Pengerusi Benfica Luis Filipe Vieira beberapa jam sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara bermula.
Marin kemudian berjumpa dengan Felix secara personal dan Atletico menerusi bantuan Jorge Mendes, untuk meyakinkan ejen penyerang tersebut bagi berhijrah ke Madrid dan melihat sendiri kemudahan yang ada di sana.- AGENSI











