Lelaki maut dihempap besi pelantar 1 tan - Utusan Malaysia

Lelaki maut dihempap besi pelantar 1 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITIAWAN – Seorang pekerja lelaki maut selepas dia dihempap besi seberat satu tan di kawasan perindustrian Kampung Acheh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.57 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 petang daripada pihak Syarikat Sapura Energy sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba ditempat kejadian, mangsa didapati telah dihempap besi yang dianggarkan seberat satu tan semasa menjalankan proses pemasangan besi pelantar.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian separuh badan hingga kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Muhammad Hanif, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat.

“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini