Oranje nekad sekat Amerika Syarikat - Utusan Malaysia

Oranje nekad sekat Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON – Juara Eropah, Belanda yang mara ke final Piala Dunia Wanita buat kali pertama bertekad untuk menghalang Amerika Syarikat (AS) daripada memahat rekod merangkul kejuaraan dunia kali keempat.

Rembatan rendah Jackie Groenen dari jarak 20 meter pada waktu tambahan sudah memadai buat skuad Oranje menumpaskan Sweden 1-0 dalam separuh akhir, hari ini.

“Selepas memenangi trofi terbesar dua tahun lalu (kejuaraan Eropah) kami sudah mula mengimpikan untuk merangkul gelaran dunia biarpun hanya membuat penampikan kali kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara itu bermain di fikiran saya setiap kali turun ke padang.

“Amerika adalah pasukan yang sangat hebat, mereka memiliki ramai pemain kelas dunia.

“Kami akan menentang pasukan terbaik dunia dalam perlawanan akhir nanti, saya tidak sabar,” kata Groenen.

AS, juara 1991, 1999 dan 2015 terlebih dulu mara selepas menyingkirkan England 2-1 dalam separuh akhir.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Olympic, Lyon, Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini