Jalan Semangat kini Jalan Profesor Khoo Kay Kim - Utusan Malaysia

Jalan Semangat kini Jalan Profesor Khoo Kay Kim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Jasa dan sumbangan besar yang dicurahkan sejarawan, mendiang Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim kepada negara akan terus dikenang apabila namanya akan diabadikan pada sebatang jalan di Petaling Jaya, Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam kenyataan berkata, pemergian mendiang pada 28 Mei lalu telah meninggalkan legasinya sebagai seorang nasionalis khususnya penglibatan dalam merangkan Rukun Negara sebagai suatu usaha mengembalikan keharmonian negara.

Justeru itu, Amirudin berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk menamakan semula Jalan Semangat di Petaling Jaya kepada Jalan Profesor Khoo Kay Kim sebagai mengenang jasa bakti sejarawan negara itu kepada negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai seorang sarjana sejarah, sumbangan besar mendiang adalah dalam pembentukan sejarah Malaysia pada abad ke-19 dengan karya-karya utama mendiang telah menjadi kanon dalam penulisan sejarah Malaysia.

“Di samping tugasnya sebagai sarjana di Universiti Malaya (UM), mendiang juga adalah seorang intelektual awam yang terlibat aktif memberikan pandangan tentang politik dan isu-isu berkaitan pembinaan negara bangsa serta bidang yang sangat diminatinya iaitu sukan bola sepak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kay Kim, 82, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 10.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, 28 Mei lalu akibat jangkitan paru-paru. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini