Had umur mengundi 18 tahun tidak perlukan kelulusan ahli Parlimen - Utusan Malaysia

Had umur mengundi 18 tahun tidak perlukan kelulusan ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pindaan pendaftaran warganegara berusia 18 tahun ke atas secara automatik sebagai pengundi boleh dilakukan secara serentak dengan pindaan penurunan had umur mengundi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pendaftaran pengundi hanya melibatkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Jelas beliau, pindaan itu walau bagaimanapun hanya perlu dibentangkan di Dewan Rakyat kerana ia adalah peraturan dan tidak perlu mendapat kelulusan daripada ahli-ahli Parlimen kerana ia bukanlah peruntukan undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berhubung polisi dan struktur, SPR hanya menjalankan segala yang diperuntukan tetapi perkara yang berkaitan dengan operasi, jadi kita sedang melihat pembaharuan yang dijalankan.

“Peraturan pilihan raya walaupun di bawah kuasa saya sebagai Pengerusi SPR, ia perlu dibentangkan di Parlimen, tetapi tak perlu diluluskan, cukup hanya di bentangkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini