Sesmarianz Production juara sketsa Rukun Negara - Utusan Malaysia

Sesmarianz Production juara sketsa Rukun Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud yang diwakili Sesmarianz Production muncul juara pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 peringkat negeri yang berlangsung di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dekat sini, kelmarin.

Kumpulan Sesmarianz Production dianggotai lima pelajar iaitu Muhammad Aikal Daniel Mohd. Aziziul, Eunoss Anaqi Hawan, Muhammad Akif Alias, Nur Aliyah Insyirah Abdul Latiff dan Iris Mahirah Fadhli.

Dalam pertandingan itu, mereka mempersembahkan sketsa berjudul Negeri Cantik Budaya Menarik dan kejayaan itu membolehkan kumpulan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta sijil dan plak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib juara menjadi milik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, Kemaman yang menerima wang tunai RM1,500, sijil dan plak manakala SMK Tengku Ibrahim, Setiu di tempat ketiga yang mendapat RM1000, sijil dan plak.

Lima kumpulan lain iaitu SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu; SMK Sultan Omar, Dungun; SMK Kuala Besut, Besut; SMK Merchang, Marang dan SMK Panji Alam, Kuala Terengganu menerima hadiah saguhati berupa plak dan sijil.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Mohd. Tahar Sali.

Lapan kumpulan dari sekolah yang turut serta itu adalah ahli Kelab Malaysiaku dan pertandingan sketsa tersebut merupakan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu yang diadakan setiap tahun bermula 2013.

Juara pertandingan akan mewakili negeri Terengganu ke pertandingan akhir yang dijadual diadakan di Ipoh, Perak pada 26 hingga 28 Julai ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini