Guna pengadil import untuk final Piala FA? - Utusan Malaysia

Guna pengadil import untuk final Piala FA?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meminta semua pihak tidak terkeliru dengan berita berkenaan penggunaan pengadil import dan meminta spekulasi yang cuba ditimbulkan untuk mengeruhkan kerjasama antara badan pengendali Liga Malaysia itu dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dihentikan.

MFL menegaskan pihaknya tiada halangan untuk melaksanakan penggunaan pengadil import di Liga Malaysia termasuk di pentas final Shopee Piala FA 2019 dan bersedia memberikan sokongan penuh kepada perlaksanaan rancangan tersebut.

Kevin mendedahkan idea penggunaan pengadil import ini telah lama dicadangkan oleh MFL tetapi ia tidak mendapat sokongan penuh selain sedikit tentangan pada waktu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pun sudah lama mahu mengetengahkan penambahbaikan dalam bahagian ini.

“Jadi, kami sememangnya terbuka dan bersedia bekerjasama dengan FAM dalam usaha meningkatkan kualiti pengadilan,” katanya.

Tambab Kevin, beliau cukup optimis kehadiran pengadil import bakal memberikan sedikit kelainan selaras dengan hasrat Tunku Ismail yang mahu menyaksikan pembaharuan dalam industri pengadilan tempatan dengan memperkenalkan Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM).

Pelaksanaan PMOM bakal beroperasi dalam masa terdekat selepas MFL kehilangan sumber kewangan bagi menampung projek tersebut selepas kontrak tajaan Telekom Malaysia (TM) ditamatkan Mac lalu.

Justeru, Kevin menyatakan bahawa MFL sentiasa bekerjasama dengan FAM yang bertanggungjawab dalam pemilihan pengadil bagi sesuatu perlawanan dalam usaha membawa pengadil luar menjelang aksi final Shopee Piala FA pada 27 Julai ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini