Padah langgar syarat sah lesen - Utusan Malaysia

Padah langgar syarat sah lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Tindakan dua buah bot nelayan Kelac C menunda pukat bawah 15 batu nautika dari persisiran pantai membawa padah apabila kedua-duanya ditahan Maritim Malaysia semalam.

Kedua-dua bot nelayan terbabit ditahan kira-kira pukul 7.30 pagi di sekitar perairan Tanjong Karang dekat sini.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya berjaya mengesan aktiviti bot berkenaan ketika melakukan rondaan di sekitar kawasan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas kita berjaya menahan kedua-dua bot berkenaan, pemeriksaan mendapati terdapat dua tekong dan lapan awak-awak yang bekerja di atas bot tersebut.

“Kesemua mereka adalah warga Indonesia berusia lingkungan 25 hingga 54 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Rosli berkata, pemeriksaan lanjut telah menemui kira-kira 230 kilogram ikan baja dan ikan campur seberat 370 kilogram.

Katanya, kedua-dua bot itu juga tidak mempunyai kebenaran menggaji pekerja asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kesemua yang ditahan bersama kedua-dua bot kemudiannya dibawa ke Jeti Pulau Indah bagi siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,”jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini