Diperdaya untuk bebaskan suami, suri rumah rugi RM5,000 - Utusan Malaysia

Diperdaya untuk bebaskan suami, suri rumah rugi RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Panik dimaklumkan suaminya ditahan polis dan perlu membayar wang untuk dibebaskan, seorang suri rumah di Bentong kerugian RM5,000 semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 24 tahun itu dimaklumkan mengenai penahanan lokap ke atas suaminya berhubung kes membawa masuk pekerja asing secara tidak sah pada 26 Jun lalu.

“Seminggu kemudian (semalam), seorang lelaki menghubungi wanita itu dan memaklumkan kononnya pegawai penyiasat kes itu meminta RM5,000 untuk membolehkan suaminya dibebaskan,” kata beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Wazir menambah, wanita itu segera memasukkan amaun tersebut ke dalam akaun bank milik individu tidak dikenali seperti yang diarahkan oleh suspek.

Sejurus memasukkan wang tersebut, suri rumah berkenaan terus menghubungi pegawai penyiasat kes itu sebelum menyedari telah diperdaya.

“Semasa dihubungi, pegawai penyiasat kes itu menerangkan, beliau tidak pernah meminta wang daripada suri rumah tersebut.

“Wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujar Mohd. Wazir dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini