[VIDEO] Utusan Malaysia saji liputan terkini musim haji - Utusan Malaysia

[VIDEO] Utusan Malaysia saji liputan terkini musim haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Utusan Malaysia akan menyajikan liputan terkini musim haji 1440H/2019 di tanah suci dengan menggunakan platform digital Utusan Online dan media sosial di samping medium cetak.

Wartawan Utusan Malaysia, Mohd. Ridzwan Iman berkata, sejajar ke arah digital, rakyat Malaysia boleh mengetahui perkembangan terkini keluarga mereka yang menunaikan haji dengan melayari www.utusan.com.my dan Facebook serta Twitter Utusan Online pada setiap masa.

“Oleh itu, saya akan cuba berikan liputan terbaik di tanah suci dengan seolah-olah pembaca sendiri berada di sana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan sahaja paparan berita bercetak, saya akan berikan liputan Facebook ‘Live’ menerusi kaedah kewartawanan mudah alih atau mojo sepanjang 44 hari berada di sana,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelepasan Kumpulan pertama jemaah haji di Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Pengarang Kanan Pemprosesan Utusan Malaysia antara 13 petugas media membuat liputan pada musim haji tahun ini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Selain mereka, kumpulan pertama jemaah haji (KT01) terdiri 483 jemaah juga berangkat ke tanah suci hari ini.

Mereka menaiki penerbangan Malaysia Airlines Berhad MH8100 dari KLIA ke Madinah pada pukul 8.30 pagi ini.

Operasi haji bagi musim 1440H/2019M fasa satu merangkumi 62 penerbangan yang bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 4 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini