Hujan lebat: 1.1 juta penduduk Jepun diarah pindah - Utusan Malaysia

Hujan lebat: 1.1 juta penduduk Jepun diarah pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 3 Julai – Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan berpindah kepada lebih satu juta penduduk ketika hujan lebat melanda bahagian selatan negara ini, setahun selepas banjir meragut lebih 200 nyawa.

Stesen televisyen tempatan NHK berkata, tanah runtuh kecil dilaporkan berlaku di beberapa kawasan terjejas.


Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 1.12 juta penduduk di wilayah Kagoshima dan Miyazaki diarahkan berpindah ke pusat perlindungan ketika tanah runtuh ‘menghanyutkan’ beberapa buah kereta dan menimbus sebuah rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini