LONDON – Philippe Coutinho bersedia untuk menyertai Paris Saint-Germain, musim panas ini bagi membuka jalan kepada Neymar kembali ke pangkuan Barcelona.
Bekas bintang Liverpool, Coutinho terpaksa mengharungi mimpi buruk sepanjang 18 bulan di Camp Nou sejak dia meninggalkan Anfield dengan harga 140 juta pound (RM731 juta).
Barcelona sememangnya berhasrat untuk mendapatkan semula khidmat bintang Brazil, Neymar, tetapi kelab itu perlu menjadikan salah seorang pemainnya sebagai pertukaran bagi memenuhi perjanjian yang akan dimeterai.
Juara La Liga tersebut menggunakan Coutinho sebagai penarik, dengan pemain Brazil itu juga bersedia untuk beralih angin ke Paris.
Menurut laporan media Sepanyol, SPORT, wakil Coutinho sedang berunding berhubung perpindahan tersebut dengan pengarah sukan PSG, Leonardo. – AGENSI











