PPSN tawar perkhidmatan buat orang awam - Utusan Malaysia

PPSN tawar perkhidmatan buat orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN) menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam berkaitan rawatan kecederaan sukan dengan harga 20 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding institusi perubatan swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, pembukaan PPSN secara rasmi pada hari ini adalah salah satu langkah organisasi berkenaan untuk berusaha menjana pendapatan sendiri.

“Sudah tentu KPI (Petunjuk Prestasi Utama) PPSN adalah untuk menjana keuntungan dalam masa sama menawarkan perkhidmatan sama diberikan kepada atlet. Dalam masa sama ingin saya tegaskan kewujudan PPSN ini tidak bermakna perkhidmatan terbaik buat atlet dipinggirkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atlet tetap akan menjadi keutamaan kami seperti sebelum ini malah potensi kami akan dimaksimumkan sebaiknya dengan adanya PPSN,” katanya selepas majlis perasmian PPSN di ISN, Bukit Jalil, sini, hari ini.

Pusat perubatan berkenaan adalah sayap perkhidmatan pesakit berbayar Bahagian Perubatan Sukan ISN yang telah mendapat kelulusan berlesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyelia dan mengendali Pusat Jagaan Ambulatori Swasta melalui Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Waktu operasi bagi PPSN di ISN ialah dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang meliputi tujuh jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPSN iaitu klinik pakar perubatan sukan, fisioterapi dan rehabilitasi, urutan sukan dan pemulihan, rujukan kepakaran, persediaan dan penjagaan atlet/pasukan, bekalan ubatan dan peralatan serta liputan perubatan kejohanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini