Tidak wajar kaitkan kilang milik suami menteri dengan pencemaran - Utusan Malaysia

Tidak wajar kaitkan kilang milik suami menteri dengan pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tidak wajar mengaitkan tiga kilang kimia milik suami Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dengan pencemaran di Pasir gudang tanpa sebarang bukti konkrit daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS).

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Mohd. Mazri Yahya berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku yang mengejutkan banyak pihak.

“Perkara ini menjadi tambah mengejutkan apabila viral tuduhan dalam media sosial mengaitkan kelewatan tindakan pencegahan ini dengan kehadiran tiga kilang kimia kepunyaan suami beliau di Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bee Yin dalam sidang akhbar di Pasir Gudang hari ini menafikan suaminya memiliki tiga kilang kimia di daerah ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak membuat tuduhan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini