Kerajaan setuju adakan sesi town hall di Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Kerajaan setuju adakan sesi town hall di Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Kerajaan negeri sedia mengadakan satu sesi town hall dengan komuniti setempat dalam usaha memberikan penjelasan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, usaha tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat supaya masyarakat mendapat maklumat tepat dan tahu usaha dilakukan kerajaan.

“Saya sudah maklumkan pada Pegawai Daerah untuk uruskan perkara ini,” jawabnya menerusi aplikasi Whats App kepada Utusan Online sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengulas desakan penduduk di daerah ini yang mahukan sesi berkenaan diadakan kerana mahu mengetahui perkembangan keadaan pencemaran selain perancangan jangka panjang dan pendek kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini