21 ditahan berjudi dalam ladang sawit - Utusan Malaysia

21 ditahan berjudi dalam ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR – Sekumpulan 21 orang kaki judi termasuk seorang wanitamungkin menyangka lokasi terpencil dalam ladang kelapa sawit di KualaDipang di sini adalah lokasi selamat untuk mereka melakukan kegiatanharam itu.

Bagaimanapun, tanggapan tersebut meleset apabila kegiatan itu berjayadihidu pihak polis hingga membawa kepada penangkapan kesemua suspekpada pukul 2.30 petang, semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten KomisionerAnuar Othman berkata, kaki judi yang dicekup berusia lingkungan 40hingga 60 tahun terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, turut ditahan dalam serbuan itu ialah tiga lelaki yang duadaripadanya bertindak sebagai penganjur dan seorang lagi adalahpengawal.

“Walaupun lokasi ini agak tersorok iaitu kira-kira 1.5 kilometer masukke dalam ladang kelapa sawit, namun hasil risikan dan maklumat awamberjaya menghidu kegiatan mereka.

“Dalam operasi itu, kita merampas meja yang dialas kanvas hitam sertapapan putih tercatat nombor disyaki nombor pertaruhan, peralatanberjudi wang wang tunai RM6,611,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, lokasi perjudian itu beroperasisejak sebulan lalu bermula pukul 12 tengah hari hingga enam petang.

“Kesemua suspek dan barang yang dirampas dibawa balik ke Ibu pejabatPolis Daerah (IPD) Kampar untuk siasatan mengikut mengikut Seksyen7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini