Malaysia bantah laluan ibadah Israel - Utusan Malaysia

Malaysia bantah laluan ibadah Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA- Malaysia membantah sekerasnya tindakan perasmian laluan ibadah ‘pilgrimage road’ oleh Israel di kejiranan Silwan, Baitulmaqdis Timur.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia tetap dengan pendirian berdiri teguh bersama Palestin dan rakyatnya yang ditindas Israel.

“Kita tidak pernah bersetuju dengan tindakan Israel terhadap Palestin termasuk pengiktirafan Jurusalem sebagai ibu negara Israel, pembukaan pusat pemeriksaan mahupun laluan baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sedih dengan kejadian ini, mereka (Israel) setiap hari terus mengambil tindakan yang merugikan proses damai,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Luar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Yayasan MyAQSA (MyAQSA) semalam yang mengutuk keras perasmian laluan ibadah ‘pilgrimage road’ oleh Israel di kejiranan Silwan, Baitulmaqdis Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif MyAQSA, Dr. Noorazman Mohd. Samsuddin, dilaporkan berkata, tindakan itu jelas menunjukkan pelanggaran dan pencabulan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas undang-undang antarabangsa, peraturan dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta UNESCO.

Noorazman berkata, tindakan tersebut adalah satu lagi siri ‘Jenayah Perang’ yang dilakukan oleh Israel ke atas negara Palestin dan rakyatnya.

Katanya, pembinaan laluan ibadah Israel (Pilgrimage Road) dan terowong haram ini juga secara langsung menjadi ancaman besar yang boleh membawa kepada keruntuhan sebahagian struktur Masjidil Aqsa.

Menurut Saifuddin, Malaysia tidak akan menyokong perkara sedemikian dan dan secara tegasnya kerajaan menolak tindakan terbaharu Israel itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini