EMCO kesal tindakan KBS - Utusan Malaysia

EMCO kesal tindakan KBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Eight Major Chinese Youth Organisation (EMCO) berasa kesal dan terkilan dengan pembentangan Rang Undang Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 atau Akta 668 Pindaan 2019 oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pengerusi EMCO, Tan King Leong berkata, pindaan tersebut dibentangkan tanpa mendapatkan persetujuan terakhir bersama pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku pihak yang bakal terkesan secara langsung dengan pindaan tersebut khususnya berkaitan pindaan had umur belia.

Katanya, solusi transisi perubahan had umur yang lebih disenangi dan diterima oleh semua pihak telah dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan,

Memuatkan artikel berkaitan…

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri semasa menyampaikan ucapan Hari Belia Negara 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 15 Mei lalu iaitu 15 hingga 35 tahun.

“Akan tetapi, pembentangan penurunan had umur secara mendadak ke 18 hingga 30 tahun adalah tidak praktikal dan tidak kondusif kepada pembangunan belia.

“Kejatuhan dan pembubaran lebih banyak pertubuhan belia akar umbi akan menjejaskan fungsi pertubuhan belia dalam menjayakan pembangunan belia positif (PYD) dan mencegah belia daripada terlibat dalam gejala sosial. Pihak EMCO dengan ini memberikan sokongan padu kepada pihak MBM menyerahkan Memorandum Khas kepada Perdana Menteri untuk menuntut keadilan dan nasib pertubuhan belia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

EMCO terdiri daripada Persatuan Belia Budha Malaysia, Pergerakan Pemuda Malaysia, Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia, Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Persatuan Graduan Muda Malaysia, Persatuan Belia Kristian Malaysia, Persatuan Usahawan Maju Malaysia dan Junior Chamber International Kuala Lumpur Mandarin.

Tambah King Leong, demi membawa suara ikhlas dan hasrat jujur majoriti badan gabungan EMCO dan pertubuhan belia akar umbi, pihaknya menyeru KBS mempertimbangkan suara majoriti agar nasib pertubuhan belia terbela. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini