Kor Ming salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Kor Ming salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menuduh Nga Kor Ming menyalah guna kuasa sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat apabila menggantungnya daripada hadir ke persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Tajuddin, Kor Ming juga menyalah guna kuasa apabila menghalangnya daripada bertanyakan soalan tambahan ketika persidangan dewan.

Kata beliau, tindakan Kor Ming itu menafikan haknya untuk bertanyakan soalan tambahan selepas soalan secara bertulis yang beliau kemukakan mengenai Program Tanaman Kontan hanya dijawab oleh Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Soalan saya berkenaan dengan rakyat, golongan petani yang beratus ribu jumlahnya, jadi dia kena dengar dan beri peluang menteri menjawab supaya rakyat mendengar.

“Apabila dia (Kor Ming) tak beri saya bertanyakan soalan tambahan, bermakna dia menafikan hak saya. Dengan kuasanya sebagai Timbalan Speakar dia guna kuasa sesuka hati, orang tanya sikit. dia nak melenting.

“Saya tahu dia Timbalan Speaker orang DAP, tapi biarlah adil kalau jadi Timbalan Speakar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di sini hari ini.

Tajuddin juga menyifatkan Kor Ming melampau apabilamengatakan beliau adalah Ahli Parlimen yang tidak senonoh.

“Itu melampau, itu memburuk-burukkan saya,” katanya.

Tajuddin diarahkan keluar daripada sesi sidang Dewan Rakyat hari ini dan digantung selama empat hari, apabila ingkar arahan Kor Ming untuk tidak mengganggu persidangan yang sedang berlangsung.

Hal itu bermula apabila Tajuddin tidak berpuas hati mengapa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak menunggu untuk menjawab soalannya tetapi mewakilkan kepada Tze Tzin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini