MENYANTUNI ibu tersayang menjadi faktor utama kejayaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dalam menggerakkan perniagaannya.
Meskipun berbelas tahun dalam industri pelaburan dan mampu tersenyum bangga apabila syarikatnya, Financial Genius Group (FGG)) semakin mengorak langkah ke hadapan, Mahadi tidak pernah melupakan tulang belakangnya.
Tulang belakang yang dimaksudkan itu ialah ibunya iaitu Hamidah Fateh Mohammad yang merupakan seorang ibu tunggal.
“Memang nampak kesusahan ibu. Setiap hari pergi sekolah dan hanya pulang ke rumah pada waktu petang. Dia pergi mengajar berulang-alik menaiki bas dan teksi.

“Kepayahan dia membesarkan saya dengan abang membuatkan saya terlalu menghargai ibu. Bayangkanlah, waktu itu kami tak faham apa maksud kereta. Kami memang tak mampu beli kereta.
“Keluarga kami mula membeli kereta Kancil semasa usia saya 18 tahun. Itupun untuk kegunaan keluarga, bukan untuk saya.
“Apa yang dialami itu jadi pemangkin untuk saya keluar daripada kepayahan ini. Sampai bila nak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi saya kena ubah,” jelasnya.
Meskipun kesibukannya bergelar perunding unit amanah saham dan penasihat kewangan, Mahadi bijak membahagikan waktu bersama ibunya.
Walaupun berniaga dan sering berurusan dengan orang ramai, dia akan memastikan pada waktu malam diisi dengan masa bersama keluarga.
“Saya masih belum berkahwin dan ibu tinggal dengan saya selepas bersara. Orang selalu lihat jadual saya terlalu sibuk hingga mempersoalkan masih adakah masa bersama keluarga?
“Jawapannya, saya ada masa dengan ibu. Setiap malam saya akan bawa ibu makan malam di luar. Malah, saya juga ada masa untuk diri sendiri.
“Tiada istilah tak sempat hendak bahagiakan orang tersayang meskipun kita terlalu sibuk mengejar kesenangan hidup,” tegasnya.
Disoal apakah pemberian pertama kepada ibunya ketika meraih pendapatan pertama daripada perniagaannya, ini jawapannya:
“Saya masih ingat pendapatan pertama ketika usia 21 tahun, saya bawa ibu untuk membuat pengeluaran di mesin pengeluaran wang automatik..
“Boleh nampak wajah ceria dan bangga ibu yang ketika itu melihat gaji pertama saya iaitu lima angka.
“Kemudian saya membawa ibu pergi membeli-belah. Saya minta ibu membeli apa sahaja yang dia mahu. Tetapi, ibu hanya memilih sehelai kemeja T yang kemudiannya diberikan kepada saya.
“Saya kira, itu adalah kasih sayang seorang ibu pada seorang anak.”
Mahadi adalah antara jutawan Melayu yang menguruskan syarikat penasihat kewangan FGG.
Antara produk yang diusahakan adalah Takaful, Insuran, Unit Amanah dan Pengurusan Wasiat.
Untuk kemas kini dan berminat mengetahui pelan insuran terkini yang lebih murah, perlindungan lebih tinggi dan pakej pembayaran lebih mudah boleh hubungi FGG dengan segera.











