Internet secara interim ganti 1BestariNet - Utusan Malaysia

Internet secara interim ganti 1BestariNet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kementerian Pendidikan akan menggunakan perkhidmatan talian Internet secara interim selepas kontrak penggunaan 1BestariNet tamat kelmarin.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, semua guru dan murid serta kakitangan boleh menghubungi bahagian bantuan di talian 03-80008000 jika terdapat aduan dan mendapatkan khidmat sokongan.

Selain itu, pengguna boleh menyalurkan aduan atau pertanyaan menerusi email [email protected] / [email protected] dan aplikasi WhatsApp di talian 012-4696382.

Memuatkan artikel berkaitan…

Projek 1BestariNet adalah satu inisiatif digerakkan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha menerajui transformasi pendidikan melalui penyediaan sistem teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di negara ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.

Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G dan sebuah persekitaran pembela­jaran maya dikenali dengan Frog Virtual Learning Environment (VLE) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini