Tabung Haji sedia terima kumpulan jemaah haji pertama di Madinah - Utusan Malaysia

Tabung Haji sedia terima kumpulan jemaah haji pertama di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sedia menerima kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia yang dijadualkan tiba pada pukul 12 tengah hari waktu tempatan esok.

Menurut Pengarah Operasi Madinah, Affandi Abdullah, Tabung Haji kini dalam fasa terakhir iaitu kira-kira 90 peratus kumpulan petugas yang berada di Madinah bersedia untuk menerima seramai 480 jemaah pertama.

“Pada tahun ini, Jemaah Haji Malaysia akan melalui proses pra-pelepasan di tanah air seperti tahun lalu dan akan tiba di lapangan terbang Madinah secara berperingkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga berterima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi kerana mengekalkan ‘Makkah Route’ bagi memastikan kelancaran urusan pergerakan Jemaah Haji Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pengekalan ‘Makkah Route’ oleh Kerajaan Arab Saudi pada musim haji kali ini merupakan kesinambungan kelancaran proses pra-perlepasan Jemaah Haji Malaysia yang diperkenalkan sejak musim haji tahun lalu.

Dalam pada itu, Affandi memberitahu, Tabung Haji menyediakan lima bangunan penginapan terletak 200 meter dari Masjid An-Nabawi untuk keselesaan para jemaah.

“Bangunan penginapan jemaah haji (BPJH) terbahagi kepada tiga pusat perkhidmatan zon selain turut menyediakan pusat rawatan serta aktiviti ziarah dalam dan luar.

“Namun, para jemaah dinasihatkan supaya membuat persediaan mental dan fizikal memandangkan cuaca di Madinah juga agak panas, justeru semua harus menjaga kesihatan sejak di tanah air lagi. Bawa bekalan ubat dan makan ikut keperluan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini