Empat maut kereta langgar tembok - Utusan Malaysia

Empat maut kereta langgar tembok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 3 Julai – Empat terbunuh apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tembok dan seterusnya jatuh ke dalam parit.

Dalam kejadian pada pukul 1.16 tengahhari tadi, di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Terap itu, kesemua mangsa iaitu seorang lelaki dan tiga wanita maut ditempat kejadian.

Empat yang terbunuh itu adalah Ahmad Awang, 56; Khamisah Salleh, 77; Norriyah Muhammad Zain, 61 dan Hayati Mohd. Zin, 57.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kemalangan, keempat-empat mangsa tersepit dan maut.

“Dengan menggunakan kaedah Receo, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk urusaan seterusnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini