Kebakaran: 430 mangsa hilang tempat tinggal - Utusan Malaysia

Kebakaran: 430 mangsa hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Kira-kira 86 rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Kampung Kinabutan Kecil, di sini hari ini.

Kebakaran deretan rumah berkenaan melibatkan keluasan 0.8 hektar tanah dan dianggarkan 430 mangsa hilang tempat tinggal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.36 pagi dan sepasukan 33 pegawai dan anggota bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di lokasi keadaan api marak dan merebak, selain beberapa rumah sudah musnah dijilat api. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.36 pagi, namun kerja-kerja memadam bara api masih giat dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut Sharudy, anggota bomba menjalankan operasi mengawal serta memadam kebakaran menggunakan pili bomba berhampiran selain sumber air terbuka dari air sungai dan operasi turut dibantu penduduk kampung.

Jelasnya, api merebak dengan pantas berikutan keadaan berangin selain struktur rumah yang dibina daripada papan itu terlalu rapat antara satu sama lain.

Tambahnya, setakat ini tiada sebarang laporan kemalangan jiwa manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini