KUALA LUMPUR 3 Julai – Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis menyerahkan persoalan berkaitan isu pencemaran di Pasir Gudang, Johor untuk dijawab oleh Menterinya, Yeo Bee Yin.
Isnaraissah Munirah berkata, ia adalah kerana Bee Yin sekarang ada di tempat kejadian dan adalah lebih baik untuk menteri itu sendiri yang mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut.
“Sekarang Menteri berada di Pasir Gudang, jadi saya rasa adalah lebih baik kita tunggu beliau sendiri mengumumkan keadaan di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian setelah ditanya berkenaan isu tersebut dalam sidang akhbar sempena pra-perasmian Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko (IGEM) 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











