LONDON – Tottenham sah mengikat pemain tengah Tanguy Ndombele dari Lyon dengan nilai 54 juta pound (RM281 juta), yang juga rekod perpindahan bagi kelab tersebut.
Pemain berusia 22 tahun dari Perancis itu menyertai Spurs untuk tempoh enam tahun, dan dia hadir selepas pemain sayap Leeds Jack Clarke dibawa masuk dalam skuad baharu Mauricio Pochettino.
Bayaran awal boleh meningkat kepada 63 juta pound (RM328 juta) dengan bonus, dan merupakan kontras daripada situasi Spurs yang langsung tidak menandatangani mana-mana pemain musim lalu.
Ndombele muncul sebagai salah seorang pemain paling dikehendaki selepas dua musim menyerlah bersama Lyon.
Sebelum Spurs berjaya menandatanganinya, antara pasukan lain yang berhasrat mendapatkannya adalah juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.- AGENSI











