Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 3 Julai – Polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga Bangladesh di Kilometer 60, Jalan Gua Musang – Lojing di sini, petang kelmarin.

Tiga suspek warga Myanmar berumur antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan di sebuah ladang sayuran di Tanah Tinggi Lojing, kira-kira pukul 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, tiga lelaki tersebut ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kita yakin dengan tangkapan tiga lelaki itu dapat membantu siasatan kes bunuh terbabit. Motif pembunuhan juga masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 petang Isnin lalu, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 39 tahun ditemukan mati dalam kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandunya.

Mangsa, Md. Momrag Khan yang beralamat di Tanjung Karang, Selangor ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu dengan kesan kelar di bahagian leher.

Orang awam memberitahu terdapat sebuah kenderaan telah menghalang lalu lintas berhampiran simpang jalan Pos Hendrop dan mendapati seorang mangsa lelaki warganegara asing telah mati dalam keadaan berlumuran darah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×