PM jangka umum inisiatif baharu Felda pada Hari Peneroka - Utusan Malaysia

PM jangka umum inisiatif baharu Felda pada Hari Peneroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan inisiatif model baharu Felda pada sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3 Muadzam Shah di sini, Ahad ini.

Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar berkata, pengumuman itu diharap membolehkan peneroka tidak lagi terlalu bergantung kepada tanaman sawit yang harganya tidak menentu.  

“Kita berharap peneroka berusaha dengan kaedah yang sedikit berbeza dari dahulu contohnya menerusi kaedah menyewakan tanah bagi jangka panjang dan terlibat dalam tanaman kontan,” katanya ketika melawat tapak sambutan progam itu di sini, hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, sewaan jangka panjang dilihat lebih memanfaatkan peneroka terutama yang sudah berusia kerana Felda akan membuat tanaman semula tanpa mereka perlu berhutang modal tanaman semula. 

Katanya, terdapat lebih 70 peratus peneroka yang berusia lebih 56 tahun dan ada kalangan mereka menghadapi masalah untuk mewariskan tanah kerana anak berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan lain. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini