Cubaan seludup 1,780kg jambu air dipatahkan - Utusan Malaysia

Cubaan seludup 1,780kg jambu air dipatahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan menyeludup masuk sebanyak 1,780 kilogram jambu air bernilai RM8,900 menerusi pintu sempadan negara ini di sini, berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Agensi Kawalan Sempadan (Aksem), hasil penahanan sebuah lori yang membawa muatan itu, semalam.

Pengarah MAQIS negeri, P. Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) pada pukul 10.45 pagi, pemandu lori itu gagal mengemukakan dokumen sah diperlukan agensi tersebut seperti Import Permit dan Sijil Fitosanitasi dari negara asal.

Katanya, berikutan itu, jambu air tersebut ditahan manakala syarikat pengimport bakal dikenakan kompaun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penahanan jambu air ini adalah bertujuan untuk mengawal kemasukan makhluk perosak seperti serangga dan penyakit yang boleh menjejaskan industri pertanian negara jika tidak dikawal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Lily Rosalind berkata, mengikut Peraturan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728), mewajibkan mana-mana yang membawa barangan di bawah kawalan Akta MAQIS memerlukan permit daripada MAQIS.

Kata beliau, kegagalan mematuhi peraturan

import itu boleh dikenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Perkompaunan Kesalahan) 2019.

 

Selain itu, katanya, perbuatan mengimport sesuatu barangan tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728) yang boleh dihukukum dibawah Seksyen 11(3) yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Akta 728 diguna pakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan dan tumbuhan dan bagi memberi jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia serta dapat mengawal kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini