KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup beberapa jalan utama di sini bagi melancarkan program Selangor Criterium Series yang akan berlangsung Sabtu ini.
MBSA dalam laman webnya memberitahu, penutupan laluan yang akan bermula pada pukul 6 pagi hingga 2.30 petang itu melibatkan Jalan Persiaran Tasik, Jalan Persiaran Dato Menteri dan Persiaran Masjid.
“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan berharap orang ramai dapat mematuhi sebarang perubahan lalu lintas pada hari berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











