'Saya tidak lari' - Utusan Malaysia

‘Saya tidak lari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Pengasingan tugas antara menteri dan timbalan menteri untuk menjawab soalan dalam Dewan Rakyat telah diputuskan dalam sidang sebelum ini, bukannya baru hari ini.

Atas sebab itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menafikan dakwaan bahawa beliau cuba melarikan diri daripada menjawab soalan.

“Memang kami sudah putuskan, jika ada dua soalan atau lebih, Timbalan Menteri akan bantu jawab bersama saya. Ia adalah proses yang biasa, tak timbul isu saya cuba lari daripada menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang menteri seharusnya memberi peluang kepada timbalan menteri menjawab soalan dalam Parlimen. Itu satu kesepakatan dan kerjasama antara kedua-duanya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Tajuddin hari ini tidak berpuas hati mengapa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak menunggu untuk menjawab soalannya mengenai Program Tanaman Kontan, tetapi mewakilkan Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin.

Kerana luahan rasa tidak puas hatinya dianggap memakan masa yang lama, Kor Ming tidak membenarkan Ahli Parlimen Pasir Salak meneruskan peluang untuk bertanyakan soalan tambahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini