Jual dadah di beranda rumah - Utusan Malaysia

Jual dadah di beranda rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas didapati menjual dadah secara terbuka di beranda rumah ketika polis menjalankan Ops Sarang Khas di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, berkata, suspek berusia 33 hingga 36 tahun itu cuba melarikan diri apabila pihaknya melakukan serbuan tersebut pada pukul 11.30 malam.

“Berlaku pergelutan semasa polis cuba menahan suspek. Pemeriksaan di beranda rumah itu menjumpai 16.58 gram dadah jenis heroin dan 0.92 gram syabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Risikan selama hampir dua bulan mendapati suspek menjadikan beranda rumah itu sebagai sarang penjualan dadah dan tempat melepaskan gian,” katanya.

Bercakap ketika sidang akhbat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan di sini hari ini, Amran menambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas berhubung operasi pada 25 hingga 28 Jun lalu itu, Amran memberitahu, seramai 23 individu ditahan termasuk sekitar Felda Chini, Kampung Pulau Serai, Kampung Permatang Pauh dan Kampung Bentan di sini.

“Polis turut merampas pelbagai jenis dadah seperti syabu, eramin 5, ubat batuk dan air ketum serta menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 25 tahun,” tambahnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini