Parlimen: Denda maksimum RM6 juta vesel asing ceroboh perairan negara - Utusan Malaysia

Parlimen: Denda maksimum RM6 juta vesel asing ceroboh perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Denda maksimum bagi pemunya atau nakhoda vesel asing yang menceroboh perairan Malaysia akan dinaikkan dari RM1 juta kepada RM6 juta melalui pindaan terhadap Akta Perikanan 1985.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, penalti bagi tiap-tiap anggota kru juga dinaikkan dari RM100,000 kepada RM600,000.

“Jemaah menteri pada 26 Jun lepas bersetuju supaya kementerian ini meminda Akta Perikanan 1985,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) berkaitan hasrat kementerian untuk meminda Akta Perikanan sedia ada bagi menangani pencerobohan nelayan asing.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata 1,182 vesel asing ditahan sejak 12 tahun lepas dengan  penangkapan paling tinggi melibatkan 706 vesel dari Vietnam. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini