Bayi ditinggal di tepi jalan - Utusan Malaysia

Bayi ditinggal di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Di manakah kasih sayang seorang insan apabila tergamak meninggalkan seorang bayi yang tidak berdosa di dalam sebuah kotak di tepi jalan di sini, hari ini.

Ketika ditemukan kira-kira 100 meter dari Sekolah Kebangsaan (SK) Darul Hikmah, Jalan Jelai di sini, bayi comel yang masih bertali pusat itu dalam keadaan sihat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung penemuan itu pada pukul 8.20 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sebuah kenderaan peronda telah diarah ke lokasi kejadian dan menemukan bayi itu.

“Bayi ini sebelum itu, telah diberikan susu dan ditukar lampin oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja am di sekolah berkenaan dan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dengan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd. Rozi, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Beliau meminta orang ramai atau ahli keluarga yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini