OPPO Reno punyai kelas tersendiri - Utusan Malaysia

OPPO Reno punyai kelas tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Puas hati. Itu yang dapat dikatakan terhadap OPPO Reno, model terbaharu OPPO yang dilancarkan baru-baru ini.

Bagi mereka yang minat dalam bidang fotografi, OPPO Reno merupakan pilihan terbaik bagi mereka meminati bidang tersebut.

Ketika penulis bertugas di Kota Kinabalu, beberapa gambar telah diambil dan hasilnya sangat puas hati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Boleh dikatakan gambar yang diambil begitu berkualiti terutama gambar berbentuk landskap dan panorama.

Bagi mod malam pula, ia pasti tidak mengecewakan kerana gambar yang diambil begitu jelas.

OPO Reno ini mempunyai ciri unik dari segi rekaan kamera hadapannya, yang memungkinkan skrin panorama seluas 6.4 inci digunakan hampir sepenuhnya, pada nisbah 93.1 peratus.

Walaupun rekaan kali ini turut mengaplikasi binaan yang ‘menyorokkan’ kamera hadapannya di dalam kerangka, namun berbeza dengan rekaan terdahulu, OPPO Reno direka dengan binaan menaik umpama sirip ikan yu.

Pemandangan
Perbezaan gambar yang diambil pada waktu malam apabila mod malam diaktifkan (kanan) dengan mod biasa (kiri). – UTUSAN ONLINE

Selain kamera hadapan, binaan ini turut menempatkan penyinar lampu lembut dan lampu denyut bagi kegunaan kedua-dua kamera belakang yang berukuran 48MP dan 5MP.

Kedua-dua kamera ini terlindung di dalam panel belakang yang diperbuat daripada kaca, sekali gus meratakan bahagian belakang model ini.

Aplikasi kamera OPPO Reno hadir dengan aplikasi terbina Mod Malam Ultra 2.0, Mod Potret Artistik dan bagi rakaman video, ia mampu merakam video pada resolusi 4k.

Pemandangan
Perbezaan gambar yang diambil pada waktu senja apabila mod malam diaktifkan (kanan) dengan mod biasa (kiri). – UTUSAN ONLINE

Model ini turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang diletakkan di bawah skrin, dan sewaktu ujian pad model percubaan, pengesan ini amat responsif.

Namun, harus diingat pengimbas ini hanya akan berfungsi dengan baik apabila jari yang digunakan adalah betul-betul kering.

OPPO Reno dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 710 dengan lapan teras, dan model ujian yang kami gunakan hadir dengan memori (RAM) bersaiz 6GB, dengan ruang penyimpanan sebanyak 256GB, dengan 34GB daripadanya memuatkan sistem pengoperasian telefon, ColorOS 6 yang dibangunkan berasaskan Android Pie.

Dikuasakan oleh sebuah bateri 3,765mAh, OPPO Reno mampu bertahan selama satu hari jika tidak digunakan dengan terlalu kerap, dan jangka masa pengecasan adalah singkat dengan kehadiran teknologi VOOC 3.0.

Telefon pintar OPPO Reno boleh didapati pada harga RM1,999 dan hadir dalam tiga warna iaitu Ocean Green, Jet Black dan Sunset Rose (akan datang).

Pengguna yang berminat boleh mendapatkan model ini di kedai-kedai konsep dan pengedar sah OPPO, atau melalui dalam talian dalam laman web rasmi OPPO, dan gedung belian e-dagang Lazada dan Shoppee. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini