'Saya sentiasa neutral' - Utusan Malaysia

‘Saya sentiasa neutral’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Nga Kor Ming menegaskan beliau sentiasa bersikap neutral ketika menjalankan tugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, beliau akan menegur kedua-dua pihak sama ada ahli Parlimen pembangkang mahupun kerajaan yang melanggar undang-undang dan peraturan mesyuarat.

“Saya sentiasa neutral apabila menjalankan tugas. Apabila jubah disarungkan atas bahu saya yang penting saya ikut undang-undang dan peraturan mesyuarat. Tidak kira kamu datang dari parti mana bukan pertimbangan sebagai Yang Dipertua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bersyukur setakat ini ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berkelakuan penuh tatatertib, apabila mereka ditegur oleh Yang Dipertua, mereka akan akur,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Tajuddin hari ini tidak berpuas hati mengapa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak menunggu untuk menjawab soalannya mengenai Program Tanaman Kontan, tetapi mewakilkan Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin.

Kerana luahan rasa tidak puas hatinya dianggap memakan masa yang lama, Kor Ming tidak membenarkan Ahli Parlimen Pasir Salak meneruskan peluang untuk bertanyakan soalan tambahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini