Annuar tarik diri, pertembungan 3 penjuru - Utusan Malaysia

Annuar tarik diri, pertembungan 3 penjuru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 3 Julai – Bapa pembangunan bola sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan No.1 badan induk itu pada kongres luar biasa (EGM) Sabtu ini meskipun mendapat pencalonan.

Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, penarikan diri Annuar itu menyaksikan persaingan tiga penjuru untuk jawatan tersebut.

Menurutnya, tiga calon yang sah bertanding ialah Pengerusi Parti Amanah Negera (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah; ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Ab Aziz dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Timbalan Presiden pula menyaksikan saingan tiga penjuru antara saya, Muhammad Yusri Ismail dan Datuk Seri Mohd. Zumridi Tambi.

“Pertembungan sengit dilihat turut berlaku untuk jawatan Naib Presiden apabila enam calon menawarkan diri,” katanya ketika dihubungi.

Affandi memberitahu, enam tokoh itu ialah Datuk Shaari Mat Hussain; Datuk Rowi Dollah; Profesor Dr Zaliman Sauli; Hassan Hasbullah; Effendy Yahya dan Mohammad Affiq Kamaruzaman.

Katanya, ahli jawatankuasa eksekutif menyaksikan perebutan paling sengit apabila 18 calon menawarkan diri.

EGM Kafa diadakan selepas Exco sebulat suara bersetuju menerima memorandum desakan daripada persatuan bola sepak jajahan (PBJ). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini