Maybank lancar aplikasi Tap2Phone - Utusan Malaysia

Maybank lancar aplikasi Tap2Phone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Maybank dengan kerjasama Visa Malaysia melancarkan aplikasi pembayaran mudah alih, Tap2Phone untuk perniagaan kecil serta ejen penghantaran dan jualan.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan berkata, perkhidmatan baharu itu merupakan yang pertama di Asia Tenggara membolehkan peniaga menerima bayaran kad daripada pelanggan dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar tanpa memerlukan terminal jualan.

“Peniaga hanya perlu memuat turun dan memulakan aplikasi Tap2Phone. Pelanggan boleh menyentuh kad mereka pada telefon pintar untuk membuat pembayaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkhidmatan ini menerima semua pembayaran tanpa sentuh untuk transaksi RM250 dan ke bawah,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran Tap2Phone di sini hari ini.

Tap2Phone menyokong telefon pintar dengan sistem operasi Android 7.0 dan ke atas serta dilengkapi teknologi Near-Field Communication (NFC) dan Trusted Execution Environment (TEE) untuk memudahkan pembayaran kad kredit, debit dan prabayar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini