Nasib Haziq hari ini - Utusan Malaysia

Nasib Haziq hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Status Ketua Pemuda PKR Santubong, Muhammad Haziq Abdul Aziz akan diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin parti, hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat biro politik dijadualkan berlangsung petang ini akan memutuskan keputusan tersebut.

“Jawatankuasa disiplin akan maklumkan kepada kami, semestinya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penjelasan diberikan kepada jawatankuasa disiplin, bukan kepada saya dalam mesyuarat mingguan biro politik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai menteri Kabinet. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini