Kanak-kanak hilang di Kuala Besut dijumpai - Utusan Malaysia

Kanak-kanak hilang di Kuala Besut dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA BESUT – Kanak-kanak berusia lapan tahun, Muhammad Saiful Aiman Mohammad, yang dilaporkan hilang dua hari lepas ditemui selamat di sekitar sempadan Thailand.

Perkara itu dimaklumkan kepada Bernama oleh ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, ketika ditemui di rumahnya sebentar tadi.

Siti Ruziana berkata, penemuan anak ketiganya  daripada empat adik beradik dimaklumkan kepadanya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman serta beberapa kenalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut 2, bersama anggota polis akan membawanya ke Pengkalan Kubur iaitu kawasan sempadan antara Kelantan dan Thailand pagi ini.

“Muhammad Saiful Aiman akan dibawa balik nanti dan saya dimaklumkan beliau ditemui oleh beberapa orang kenalan dari Kuala Besut,” katanya yang sempat melahirkan rasa syukur kerana anaknya juga berada dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak itu namun tiada maklumat lanjut setakat ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini