Tiada lagi gari, pakaian lokap SPRM? - Utusan Malaysia

Tiada lagi gari, pakaian lokap SPRM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Pemakaian gari dan pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat mengikut prosedur baharu yang dikeluarkan kelmarin berdasarkan keputusan pengurusan tertinggi agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, orang kena tuduh (OKT) tidak akan dipakaikan dengan pakaian lokap SPRM sekiranya dibawa keluar dari pejabat SPRM sama ada bagi tujuan penyiasatan atau apa-apa prosiding di mahkamah termasuk permohonan reman.

Katanya, pakaian tersebut hanya dipakai dalam tempoh tahanan reman di pejabat SPRM sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi prosedur pemakaian gari pula , OKT yang hendak dibawa keluar dari pejabat SPRM sama ada tujuan penyiasatan atau permohonan reman tidak boleh digari dan hanya diapit oleh pegawai SPRM sahaja.

“Begitu juga dengan OKT yang hendak dibawa keluar dari pejabat SPRM untuk tujuan lawatan atau perjumpaan yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut Latheefa berkata, sekiranya pegawai SPRM berpangkat Penguasa Kanan atau ke atas berpandangan OKT tersebut mempunyai risiko untuk melarikan diri atau bertindak agresif serta tidak memberi kerjasama, maka boleh digari,

Menurutnya, OKT yang agresif hanya akan dibuka gari sebelum memasuki mahkamah.

Dalam pada itu, Latheefa berkata, arahan ini berkuat kuasa sehingga kajian menyeluruh selesai dan dianggap sah sehingga dipinda atau dibatalkan serta dengan satu arahan yang lain.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini