Pembantu ladang didakwa bunuh kekasih isteri  - Utusan Malaysia

Pembantu ladang didakwa bunuh kekasih isteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT – Seorang pembantu ladang bakal berhadapan dengan hukuman mati selepas dia dihadapkan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang merupakan kekasih isterinya bulan lalu. 

Tertuduh, Abdul Rahman Abu Bakar, 43, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd. Yusuf.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan bunuh ke atas Badrul Hisham Ngah Aziz, 42, di Jalan Kenangan 8, Felda Changkat Lada, Kampung Gajah dekat sini pada pukul 2 hingga 2.45 petang 23 Jun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd. Zulkiflee Mohd. Ghani manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Nazratul Natrah kemudian menetapkan 21 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat, serahan dokumen dan lantikan peguam.

Kosmo! pada 24 Jun lalu melaporkan seorang lelaki OKU maut selepas cedera parah akibat dibelasah seorang lelaki menggunakan sebatang kayu berpaku di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah.

Kejadian bermotifkan cemburu itu dipercayai berlaku apabila suspek yang bekerja sebagai pembantu ladang mengesyaki mangsa yang merupakan duda anak tiga itu menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini