SHARJAH 3 Julai – Putera bongsu pemerintah Sharjah, Sheikh Khalid Sultan Al Qasimi meninggal dunia pada usia 39 tahun di London, kelmarin.
BBC yang memetik kenyataan Kementerian Hal Ehwal Presiden Sharjah sebagai berkata, ekoran itu Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Sultan Al Nahyan telah mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.
“Bendera akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung itu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, pemerintah Sharjah, Sheikh Sultan Muhammad Al Qasimi yang mengumumkan pemergian anakandanya di Instagram memberitahu, Sheikh Khalid kini berada dalam jagaan Tuhan.
Punca kematian pereka fesyen yang berpangkalan di London itu masih belum didedahkan lagi. -AGENSI











