Dua beradik lemas dalam parit - Utusan Malaysia

Dua beradik lemas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 2 Julai – Dua kanak-kanak perempuan ditemukan mati lemas dalam parit di Kampung Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian menimpa kedua-dua mangsa yang merupakan adik beradik tiri itu disedari orang awam setelah melihat seorang daripada mereka terapung pada pukul 7.30 malam.

Mangsa ialah Nur Ayuni Najatul Abdul Az Zahir, 8, dan Nur Anisa Najwa Mohd. Zaki, 10.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintenden Sanusi Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini