Pelan rancangan tingkat penyertaan wanita dalam sukan - Utusan Malaysia

Pelan rancangan tingkat penyertaan wanita dalam sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pelan rancangan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai wanita dalam bidang sukan akan dibentangkan pada Disember ini, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata kementeriannya kini dalam proses perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan berhubung perancangan itu yang antara lain berhasrat melihat lebih ramai wanita menyertai sukan pada 2020.

“Kita mahu memastikan penyertaan kaum wanita dalam bidang sukan ditingkatkan dengan ketara, dan saya percaya potensinya cukup besar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan mesra bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain memperkasa pembabitan kaum wanita dalam bidang sukan, Syed Saddiq berkata penyertaan kaum wanita dalam lembaga dan pengurusan tertinggi Majlis Sukan Negara (MSN) juga perlu ditingkatkan.

Sementara itu merujuk kepada persiapan pasukan Malaysia bagi Olimpik Tokyo 2020 di Jepun, Syed Saddiq berkata persiapan berjalan lancar dengan melibatkan kerjasama baik MSN dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Sekarang sudah ada beberapa acara yang kita tahu siapa yang akan disahkan masuk (Olimpik), dan ada beberapa yang masih belum tamat lagi dengan sesi kelayakan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini