Ukraine di tempat pertama ‘wajah menawan’ - Utusan Malaysia

Ukraine di tempat pertama ‘wajah menawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 2 Julai – Ukraine, negara kelahiran aktres Mila Kunis, menduduki tempat pertama dalam senarai 50 negara yang memiliki penduduk dengan paras wajah paling menawan di dunia.

Daily Mail melaporkan, senarai itu dibuat berdasarkan kaji selidik melibatkan 8,500 responden yang dikendalikan portal pelancongan, Big 7 Travel.

Dalam senarai tersebut, Denmark berada pada kedudukan kedua diikuti Fili­pina di tempat ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Brazil yang merupakan negara kelahiran dua peragawati ternama, Gisele Bundchen dan Adriana Lima di kedudukan kelima.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) hanya mampu berpuas hati di kedudukan ke-45 manakala Ireland di tempat terakhir.

Australia pula ditempat kelima, diikuti Afrika Selatan dan Itali.

Armenia mengisi kedudukan kelapan disusuli Britain (sembilan) dan Kanada (10).

Malaysia juga tidak terke­cuali dengan menduduki tempat ke-25 dalam senarai tersebut.

Pengiktirafan berke­na­an ditentukan responden-res­pon­den terlibat yang memilih berdasarkan tafsiran masing-masing tentang definisi wajah paling menawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini