Campak ‘barang’ketika ditahan - Utusan Malaysia

Campak ‘barang’ketika ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki memiliki dadah di Sibu, Sarawak semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kedua-dua suspek ditahan semasa pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJN) menjalankan rondaan di Jalan Kapor pada pukul 1.15 tengah hari.

“Suspek lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori, 32 tahun, bersama seorang wanita, 35 tahun, ditahan semasa menaiki motosikal di situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika pemeriksaan dijalankan, suspek wanita mencampakkan sesuatu ke atas rumput ketika ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Stanley, ketika diperiksa pihaknya menemukan satu peket plastik lutsinar kecil berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.55 gram.

Jelasnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah methamphetamine.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini