YANGON – Sekurang-kurangnya 21 orang maut di negara ini akibat jangkitan selesema babi sejak dua minggu lalu.
“21 orang termasuk empat kanak-kanak telah meninggal dunia akibat influenza H1N1 sejak beberapa minggu lalu,” kata pegawai maklumat Kementerian Kesihatan dan Sukan, Phyu Phyu Aye.
Kematian pertama dilaporkan pada 19 Jun lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tambah Phyu Aye, seramai 99 daripada 340 orang pesakit disahkan positif wabak terbabit di tiga wilayah iaitu Yangon, Sagaing dan Ayeyawaddy.
“Yangon merupakan kawasan paling teruk terjejas,” katanya. – BERNAMA











