Murid tahun tiga dikhuatiri hilang - Utusan Malaysia

Murid tahun tiga dikhuatiri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Seorang ibu tunggal resah selepas anak ketiganya, Saiful Aiman Mohamad, 9, hilang dipercayai selepas keluar membeli sarapan di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut dekat sini semalam.

Siti Ruziana Sidek, 35, berkata, sewaktu kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi, dia keluar bekerja di sebuah pusat memproses isi ikan di Kampung Pachakan, Kuala Besut dekat sini.

“Saiful Aiman yang merupakan anak ketiga dari empat beradik tidak ke sekolah semalam dan tinggal bersendirian di rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia dikatakan telah keluar membeli sarapan di sebuah gerai di hadapan rumah namun tidak pulang ke rumah selepas itu. Kehilangannya disedari ketika saya pulang ke rumah daripada kerja pada pukul 4.30 petang,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Siti Ruziana yang kematian suami sejak tiga tahun lalu tambah resah apabila terdengar pelbagai versi kehilangan anaknya.

“Ia termasuk kononnya murid tahun tiga sebuah sekolah di Kuala Besut dekat sini itu dikatakan dilihat bersama  seorang wanita warga Thailand menaiki kereta sewa menghala ke Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan pada pukul 12 tengah hari Isnin lalu.

“Ada juga yang mendakwa terserempak dengan anak saya di dalam sebuah kafe siber di kampung ini sebelum menaiki sebuah Perodua Kancil bersama individu tidak dikenali,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini